NILAM


NILAM

PENGENALAN 
Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (Pengurusan)
Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah (Aktiviti)
Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun (Penilaian)

MATLAMATSatu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

OBJEKTIF
1. Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan berkualiti & bukan sahaja
pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)

2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat
membaca ini.

CIRI - CIRI PELAKSANAAN
Rekod Bacaan (buku rekod murid)
Borang Rekod (penilaian guru)
Pengiktirafan (ganjaran ikut tahap)(cth: Tokoh Membaca/ Tokoh NILAM)

TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM
Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:
1. Tahap Jauhari - membaca banyak buku & direkodkan (bil/ tajuk/ penulis/ringkasan)
2. Rakan Pembaca - sudah membaca 100 buku & jalankan aktiviti pembacaan

NILAM TAHAP JAUHARI
Sekolah Rendah

Murid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan diri dengan banyak membaca sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu).
90 - 179 buku - Gangsa
180 - 269 buku - Perak
270 - 359 buku - Emas
360 buku ke atas - NILAM (permata)

Sekolah Menengah
Pelajar pada peringkat menengah pula wajib melibatkan diri dalam aktiviti pembacaan berterusan sebaik sahaja mereka melangkah ke Tingkatan Satu.
72 - 143 buku - Gangsa
144 - 215 buku - Perak
216 - 287 buku - Emas
287 buku ke atas - NILAM (permata)

RAKAN MEMBACA--> Fasilitator membantu murid membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang dijalankan
murid secara formal ( dalam majlis / pertandingan ) atau tidak formal (misalnya kerja
amal / di kelas).
--> Akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di tempat – tempat
aktiviti untuk menjalankan aktiviti RP.
--> Dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti :
aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku.
--> Akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan
aktiviti ini.
--> Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut
Jadual Sistem Ganjaran RP

MARKAH PENGIKTIRAFAN100-199 = Gangsa
200-299 = Perak
300-399 = Emas
400 ke atas = Nilam

AKTIVITI RAKAN PEMBACA1. Bercerita tentang cerita dari buku yang telah dibaca (rekod) kepada penonton dalam
pertandingan (formal), pelbagai bahasa dalam 5-7 minit.
2. Bercerita secara tidak formal seperti kerja amal utk lencana pengakap di rumah kebajikan
(cth: bedtime stories)
3. Berucap secara tidak formal di dalam kelas (public speaking) semasa proses pengajaran. Cth:
- menerangkan proses kitaran hujan (Sains) hasil dari pembacaan
- menerangkan jalan cerita / watak & tema dari buku sastera yang dibaca
- menerangkan tentang ‘13 Mei’ / gerakan ‘Enlightenment’ (Sejarah)CONTOH AKTIVITI

KIRAAN PEMARKAHAN TAHAP RAKAN PEMBACAAktiviti bercerita
1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
1 sesi x 100 pendengar = 5 markah

Membaca bersama
1 sesi x 5 pembaca = 5 markah
1 sesi x 10 pembaca = 5 markah

Bicara Buku / Forum Buku / Ulasan Buku
1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
1 sesi x 100 pendengar = 5 markah

Meminjamkan buku (t.t. peminjam) -’book swap’
1 buku x 2 peminjam = 2 markah
1 buku x 5 peminjam = 5 markah

No comments:

Post a Comment